Program Komuniti Masyarakat Kampung Bersama JPJ Negeri Kedah 2020
13 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari 2020 telah berlangsungnya satu program iaitu “Program Komuniti Masyarakat Kampung Bersama JPJ Negeri Kedah 2020”. Ini merupakan anjuran bersama antara Pusat Internet Bukit Besar dan JPJ Negeri Kedah. Program ini diadakan di Perkarangan Pusat Internet Bukit Besar bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang dan telah dihadiri oleh lebih kurang 70 orang komuniti sekitar Pusat Internet Bukit Besar.
Program ini bertujuan untuk memudahkan komuniti setempat untuk berurusan dengan JPJ mengenai perkara-perkara berkaitan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut antaranya ialah, Perbaharui insurans & roadtax ( untuk motosikal lebih 1 tahun belum perbaharui roadtax juga boleh dilakukan tanpa perlu ke puspakom), Semakan saman, Pindaan alamat di geran, Pembaharuan lesen memandu, Pembaharuan lesen kenderaan, Semakan senarai hitam, Semakan tarikh luput lesen memandu, Semakan tarikh luput lesen kenderaan motor, Pembayaran saman dan Permohonan ID portal orang awam.
Antara kelebihan dan kebaikan program seperti ini ialah, Penduduk kampung tidak perlu pergi ke pejabat JPJ yang terletak jauh dari kawasan Bukit Besar, Memudahkan komuniti setempat untuk berurusan dengan JPJ berhubung perkara-perkara berkaitan, Penduduk kampung tidak perlu membawa kenderaan ke PUSPAKOM dan juga Penduduk kampung dapat melakukan urusan JPJ dengan mudah dan cepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: